KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, buat masa ini had laju di Malaysia masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j).
"Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan secara amnya, belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.
"Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) semasa sesi Pertanyaan Menteri-menteri, mengenai statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120km/j.
Sementara itu jelasnya, sebanyak 556,055 notis telah dikeluarkan pada tahun 2023 bagi kesalahan melebihi had laju melibatkan Kamera-Kamera Perangkap Had Laju (AwAS) di seluruh negara.
“Lokasi yang telah merekodkan ramai pemandu melebihi had laju adalah di KM382.8 Lebuhraya PLUS–Behrang, Perak (Arah Selatan) iaitu 98,911 notis telah dikeluarkan di antara bulan Jun hingga Disember 2023,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 19 2024
Anthony Loke berkata, buat masa ini had laju di Malaysia masih lagi kekal 110 kilometer per jam (km/j). - Gambar fail
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Aidilfitri
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula esok hingga 13 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Pengurangan had laju langkah baik kurangkan risiko kemalangan di musim perayaan
Penguatkuasaan undang-undang tersebut hanya salah satu mekanisme yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan.
Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
Ia menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.
MIROS bentang cadangan had laju kenderaan di pusat bandar pada April
MIROS yang mencadangkan perkara itu ketika ini masih membuat perincian dan penelitian mengenainya.
KWP teliti kajian pelaksanaan had laju di ibu negara
Kajian yang dibuat itu mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum dimuktamadkan dan diumumkan dalam masa terdekat.
Pemandu kereta bantah undang-undang had laju 30km/j di Paris
Pemandu teksi juga menyuarakan kebimbangan bahawa pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.